Thursday, 26 November 2015

Nama

Himpunan indah di sebalik nama MUHAMAD ASHRAF SYAZANI.

MUHAMAD bererti YANG TERPUJI
ASHRAF bererti LUHUR
SYAZANI bererti KECERGASAN

Jadi ianya bermaksud, yang terpuji, luhur dan kecergasan.

Hati Mati – Ezad Lazim feat. RJ

Di balik waktu aku mencari
Diriku yang hilang
Di dasar hati semakin sunyi
Semakin jauh

Lemasnya diri dibelenggu

Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu

Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di saat ini aku sembunyi dalam ruang sepi

Hatiku jangan kau kunci
Ku mohon darimu kasih

Lemasnya diri dibelenggu

Bisakah aku menemukanmu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu

Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Kembalikan cinta

Kembalikan kasih
Kembalikan rasa
Kembalikan semua

Kau pergi dengan angkuh tolak segalanya jauh

Langitkan menangkapku sedang ku terjatuh
Semua yang ku laku kau masih di situ
Kau terus menghantui fikiran ku buntu
Bukakan saja pintu bukakan seluruh hatimu
Jujur aku masih mencintaimu
Jangan biar rasa ini terus membelenggu
Kerna hati ini masih lagi mencintai dirimu
Faham!!!

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu

Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu

Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Mati hati mati jiwaku rasa tanpamu

Separuh nyawaku tak berdaya ku lumpuh tanpamu

Di setiap waktu aku mencari siapa diri ini


D-Day

Sabtu, 8 Ogos 2015, adalah sebuah tarikh keramat buat aku dimana aku ditauliahkan sebagai Leftenan Muda, oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.



Istiadat Pentauliahan DiRaja Palapes UA ini adalah kali yang ke-34 dan berlangsung UPM. Tempat inilah yang telah menjadi saksi detik  bersama-sama dalam latihan kawad kaki buat kali terakhir bersama skuad ku setelah 3 tahun mengharungi susah senang bersama. dari zaman kadet, midshipmen dan akhirnya ditauliahkan sebagai LT.Muda. 



Banyak cerita yang berlaku boleh diabadikan sebagai kenangan pada masa hadapan. Pengalaman kena ketuk dan bebel (maki) dengan jurulatih adalah perkara biasa. Selain itu, banyak juga gambar telah diambil sebagai bukti aku berjaya mengharungi segala kepayahan dimana akhirnya dibayar dengan di tauliahkan oleh sultan. sebetulnya ditauliahkan oleh YDPA Sultan Kedah. akan tetapi, YDPA tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.



Terima kasih kepada keluarga aku yang telah banyak sokong aku dari belakang semasa memasuki ROTU UUM. lagi-lagi datuk ku yang telah menjadi inspirasi aku untuk terus berjaya dalam memasuki bidang ketenteraan ini walaupun sebagai kesukarelawan. Walaupun datuk ku bukanlah berpangkat pegawai seperti aku, tetapi dia menjadi inspirasi buat aku. Orang cakap lagend. haha



TIdak lupa juga buat jurulatih dari UUM dan juga tidak lupa dari UMS kerana telah pernah menjadi jurulatih semasa zaman kadet dan juga midshipmen. Jasa mereka sebagai guru tidak akan dapat ku lupakan. Banyak ilmu ketenteraan yang aku dapat pelajari semasa menjadi ROTU UUM. 


Dia ini juga pernah menjadi jurulatih aku semasa di UMS. banyak ilmu pengetahuan yang aku belajar dari nya. Kepakaran beliau hanyalah GI,  tetapi banyak pengalamannya dapat aku adaptasi didalam bidang ketenteraan ini. Sewaktu di UMS, beliau hanya lah berpangkat sebagai Bintara Kanan akan tetapi, semasa pentauliahan, beliau telah dinaikan pangkat menjadi Peg. Waran II, dimana beliau menjadi kepala jurulatih bagi semua jurulatih TLDM semasa kawad penyatuan. Respect.


 Dibawah ROTU UUM terbahagi kepada 3 servis iaitu, Udara, Darat dan Laut. kenapa Udara didahulukan kemudian baru Darat. sebabnya ialah servis Udara lah yang mula ditubuhkan di UUM ini. Semasa latihan kawad penyatuan untuk pentauliahan, ketiga--tiga servis ini digabungkan didalam satu detachment.  Seramai 45 orang dan seorang jurulatih di dalam sebuah detachment itu. dan sebanyak 20 buah detachment kesemuanya sekali. Di dalam latihan ini lah menunjukkan semangat kerjasama sebagai satu pasukan walaupun datangnya dari servis yang berlainan, dan servis Laut lah yang kena kerja lebih keras dalam mencuri pergerakan kaki didalam kawad. ini sebabnya adalah kawad Navy adalah kawad paling senyap dan pemalas sekali. haha









Oleh: Lt. Muda Muhamad Ashraf Syazani Bin Hazry