Wednesday, 27 November 2013

LEAD I Seketeriat Majlis Kepemimpinan Dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) 2013


TRANSLEAD MAKLUM 2012 juga dikenali sebagai LEAD I, merupakan sebuah program untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berkaliber. ia juga boleh dipanggil sebagai kem kepemimpinan. dijalankan di Pulau Kapas, Terengganu, selama 3 hari 2 malam, pada 30 jun - 6 julai 2013.

Program ini terdiri dari empat sesi. kami di sesi terakhir, iaitu keempat. terdiri daripada beberapa buah universiti. sesi kami ini dihadiri daripada universiti di bahagian utara Malaysia seperti, UUM, USM, UMT (tuan rumah), UNIMAP, UPNM, dan UIA.

peserta dari UUM

memulakan perjalanan selewat 10 mlm, sesudah sampai pada subuh, daftar dan sarapan di UMT. selesai sesi daftar dan sarapan, dibawa pula ke jeti Kuala Terengganu dan berlayar ke Pulau Kapas yang hanya mengambil masa 25 minit sahaja. 

sesudah sampai kami diberi taklimat oleh timbalan naib canselor UMT dan juga komandan bagi kem ini. dan sesudah meletakkan barang dan diberikan kumpulan masing-masing (4 kumpulan - jerung, ketam, udang, sotong), terus memulakan aktiuiti yang pertama, iaitu, water confident. aktivitinya ialah peserta dikehendaki berenang dari pantai ke bot UMT yang jaraknya hanyalah 100m. bagi melakukan aktiviti ini, semua peserta dikehendaki memakai jaket keselamatan.


diatas bot UMT. berehat sebenar sebelum memulakan berenang ke tepi pantai semula.


berakhir aktiviti pertama, rehat dan makan. makan disediakan oleh pihak penganjur. sedap. seterusnya, bagi melengkapkan aktiviti kepimpinan yang bertemakan "survival laut" ini, para peserta dikehendaki mengikuti empat aktiviti yang agak mencabar, tapi menyeronokkan, selain LDK,  iaitu, memancing, kayak, snokeling dan jungle tracking (berjalan sekitar pulau). 

pengalaman melakukan keempat-empat perkara tersebut merupakan pengalaman kali pertama bagi ku. sungguh seronok melakukan aktiviti tersebut. 

pertama, memancing di laut di atas bot. walaupun geli, sebab arlegik bila berkait rapat dengan ikan ni, tapi sangat menyeronokkan. kiranya, merasa jugak pengalaman memancing. kumpulan kami dipecahkan kepada dua bot. bot ku naiki berjaya memancing sebanyak 60 ekor, dan bot satu lagi hanya 17 ekor. jumlah ikan-ikan yang berjaya kami tangkap menjadikannya sebanyak 77 ekor. satu pencapaian agak mengejutkan walaupun hanya diberi masa 1 jam 45 minit sahaja, seterusnya menjadikan kumpulan kami kumpulan yang paling banyak dapat ikan.

kedua, snorkling, juga pengalaman kali pertama yang sungguh menyeronokkan. teruja sebentar melihat keindahan alam dasar laut ciptaan Allah SWT. tidak mampu menafsirkan dengan kata-kata, cuma dapat merakamnya didalam kotak ingatan sahaja. terumbu karang dan ikan-ikan yang berenang seolah-olah mengeluarkan cahaya yang amat cantik. 

ketiga, kayak, walaupun pernah berkayak, tapi, berkayak di laut ini merupakan pengalaman yang pertama. satu papan kayak adalah untuk dua orang, dan pasangan saya ialah seorang kawan saya dari uum. dalam kayak ini mengajar tentang semangat kerjasama dan juga kesabaran. kami juga diajar cara berkayak dengan sbetul dan sempurna, dan juga diajar mencantumkan papan-papan kayak dalam satu barisan bagi menjadi sebuat rakit, bagi untuk sesiapa yg ingin bertukar pasangannya, mahupun dalam keadaan kecemasan.

keempat, jungle tracking. juga dikenali sebagai bersiar-siar disekitar pulau. sungguh cantik dan indah pulau tersebut, pasirnya memutih seperti kapas, di gigi laut juga boleh kelihatan ikan-ikan kecil sedang berenang-renang.

disebelah malamnya pula, kami menjalankan LDK yang telah disediakan oleh pihak fasilatator-fasilatator kami. LDK tersebut walaupun sangat ringkas, tetapi padat. penyampaian isi dan maksudnya juga tepat. sangat bermakna LDK tersebut.

sepanjang melakukan aktiviti disini, kami diberi makan yang cukup dan sedap. tempat tidur kami didalam khemah termasuk juga fasilatator juga tidur dibawah bumbung yang sama. kiranya tiada bende yang kami tidak puas hati. semuanya best dan perfect. :D

kumpulan empat iaitu kumpulan ketam telah menjadi johan keseluruhan, dan mengutip mata yang banyak dalam acara yang dipertandingkan.


kumpulan empat. kumpulan KETAM :)

selesai acara penyampaian hadiah, kami terus berkemas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. maklumlah, program ini dibuat semasa bermulanya cuti semester yang kedua.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi..


#TAMAT#

No comments:

Post a Comment