Friday, 29 November 2013

cokelat cokelat

Cadbury Dairy Milk French Vanilla

coklat ini bila kali pertama dipasarkan, terus menarik perhatian dan keinginan aku untuk membelinya. sedap sangat setelah mencubanya. setakat ini baru dua kali. jarang dapat makan coklat ini.

first time aku mencubanya adalah di Kuala Lumpur, dimana pada waktu itu, aku masih bekerja promoter di sekitar KL. ada orang membelinya dan kami makan beramai-ramai. maklumlah ada kawan kita baru dapat gaji pada waktu itu. terima kasih. cc: wawa

second time pulak waktu di kedah. waktu itu aku dekat UUM masih belajar. waktu hujung minggu waktu tu hendak keluar ke pendang rumah mak angkat. singgah di maidin alor setar, hajat hendak membeli sedikit buah tangan untuk keluarga angkat masing-masing. pada waktu inilah aku membeli coklat ini.

konklusi, coklat ini adalah salah satu coklat kegemaran aku. haha :)


No comments:

Post a Comment