Monday, 2 December 2013

sebak

pada tanggal 1 disember 2013 yang lalu, ku mendapat berita sebak bahawa rakan seperjuangan ku di UUM mengalami kemalangan pada malam 30 november. pada hari ini baru ku pergi melawatnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. 

Hospital Sultanah Bahiyah.

bertolak ke hospital pada pukul 12.45 petang, smpai  hampir pukul 2. kami terkejar masa waktu melawat sebenarnya pada pukul 12 hingga 2 petang sahaja. sesudah sampai, kami tidak dibenarkan masuk melawat kerana waktu melawat sudah tamat. terpaksa menunggu waktu melawat yang kedua iaitu pada pukul 4 smpai 7.30 petang.

kami terpaksa keluar dari hospital untuk mencari tempat beribadat dan makan sementara menunggu pukul 4 tersebut. kami solat di masjid kampung uda (tempat baksis semarak), dan makan di kedai mamak berhampiran hospital tersebut. sesudah makan, kami terus bergerak ke hospital tersebut.

banyak pengalaman yang boleh didapati semasa kejadian disana. seperti, dapat merasa masuk kedalam hospital tersebut (sebelum ni tak pernah pergi pun), dapat kenal dengan ahli keluarga izmul. yang paling penting, sebak mula menguasai diri tatkala masuk ke dalam wad penjagaan rapi tersebut, tatkala melihat keadaannya. 

Bergenang… airmata ini
Sebak, sudah, namun, tidak, jatuh, jua
Menangis… cuma lah hatiku
Senyum, tawa, hanya, tutup, duka, lara


semasa didalam wad tersebut, ku melihat keadaannya seperti bertarung di dalam kesakitan yang teramat sangat, aku seakan dapat merasai penderitaannya itu. sebak hanya dapat meluahkan, tapi adat dan adab tidak membenarkan ku membuat demikian. badannya dipenuhi wayar-wayar yang berselirat, mengingatkan aku kepada nenek aku sewaktu menjalani pembedahan dahulu. aku rasa tak sampai hati untuk memanggil namanya tadi, walaupun aku tau, dia akan membuka matanya, jadi aku membiarkannya merehatkan diri.

lagi sebak pabila melihat ahli keluarganya kelihatan sayu. ibu bapanya tidak henti-henti menceritakan kehebatan anaknya kepada kami. MasyaAllah, hanya tuhan yang tahu rasa hati mereka dan kami. kami rasa tidak sanggup menahan dari melihat ibu bapanya sebegitu rupa, tapi kami menggagahkan diri untuk tidak menunjukkan rasa sedih kami. maklumlah, anak sulung, anak harapan keluarga, anak yang menjadi kewajipan memandi, mengkafankan mayat ibu ayah nya suatu hari nanti. sangat besar tanggungjawab anak sulung kepada keluarga sebenarnya ini.

kisah ini juga mengingatkan ku kepada arwah kawan ku. penderitaannya sama sepertimu. cuma dia sudah pergi buat selama-lamanya. barang yang lama usah dikenang, bak kata pepatah, tetapi bagiku, barang yang lama tersebut mengajar kita erti kehidupan, pengalaman dan kenangan yang sukar untuk kita lupakan.

# semoga cepat sembuh, dan dapat menjalankan tanggungjawab dan kewajipan kau terhadap keluarga nanti. kau adalah harapan keluarga kau seperti aku :)

No comments:

Post a Comment