Thursday, 5 December 2013

sebuah mesyuarat

kali pertama aku masuk dewan mesyuarat lain dari yang lain. waktu tu mesyuarat dengan dekan Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA) kolej bisnes (COB), Dr Ahmadasri b. Allaudin. dan kali pertama juga aku menghadiri mesyuarat yang mengamalkan sesi taaruf, sambil mengutarakan pandangan tentang sesuatu ilmu yang agak menarik untuk dikongsi.

pertama, ilmu tentang fungsi otak manusia. yang menjadikan tertarik ialah tentang teknik mengingat dan menggunakan fungsi otak dengan sebetulnya. manusia mudah mengingati melalui lima deria pancaindera, melihat, mendengar, menghidu, bercakap dan merasa (bersentuhan). selain itu, melalui gambaran tentang sesuatu dan juga warna juga boleh merangsang dengan lebih efektif daya pemikiran kita.contoh, mindmap memudahkan kita mengingat sesuatu berbanding ayat-ayat yang ada didalam buku.

kedua, Dr juga ada berkongsi dengan kami tentang 10 step to make your life happy. sayangnya, Dr cuma sempat berkongsi dengan kami hanya dua step sahaja. go explore and talk with stranger dan share the knowledge that you got. dengan jelajah ke banyak tempat dan berjumpa dengan orang-baru, persekitaran yang baru, dapat mematangkan kita, dan dapat menambah seterusnya memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita. apabila dapat sesuatu perkara yang baru, kita patut berkongsi pengalaman dan pengetahuan tersebut dengan kawan-kawan atau orang-orang sekeliling kita.

yang sebenarnya, tujuan dua orang wakil dari setiap kelab dibawah kolej bisnes bermesyuarat adalah untuk membincangkan tentang kursus pengurusan organisasi (KPO) yang bakal berlangsung 6-8 hb disember 2013 di Tasik Banding, Grik, Perak. mesyuarat ini juga ingin mengutarakan tentang betapa pentingnya kursus ini di mata dekan PPA.

# apapun yang berlaku, apapun yang kita dapat informasi, kita patut share dan dapat pengalaman bermesyuarat dengan orang yang bijaksana :)

No comments:

Post a Comment