Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau disuluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsana-Mu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari-Mu, Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
# for you my mom :)
# thank you Allah SAW for giving me a great mother :)
Sunday, 15 December 2013
Tuesday, 10 December 2013
Kawan Baik :)
Kawan Baik.... Bukannya senang nak cari kawan yang baik . Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya. Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik . Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya. Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya. Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita. Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!! :)
# copypaste #
# copypaste #
Mahar Cinta - Devotees
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..
GROUP ASSIGNMENT STID
Ahli Kumpulan :
1) Norizan bt Nor Hadi 222193
2) Muhamad Ashraf Syazani b. Hazry 221352
3) Muhammad Amirul Faiz b. Meli 220438
Kumpulan : STID1013 (F)
Nama Pensyarah : Dr. Kang Eng Thye
Thursday, 5 December 2013
sebuah mesyuarat
kali pertama aku masuk dewan mesyuarat lain dari yang lain. waktu tu mesyuarat dengan dekan Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA) kolej bisnes (COB), Dr Ahmadasri b. Allaudin. dan kali pertama juga aku menghadiri mesyuarat yang mengamalkan sesi taaruf, sambil mengutarakan pandangan tentang sesuatu ilmu yang agak menarik untuk dikongsi.
pertama, ilmu tentang fungsi otak manusia. yang menjadikan tertarik ialah tentang teknik mengingat dan menggunakan fungsi otak dengan sebetulnya. manusia mudah mengingati melalui lima deria pancaindera, melihat, mendengar, menghidu, bercakap dan merasa (bersentuhan). selain itu, melalui gambaran tentang sesuatu dan juga warna juga boleh merangsang dengan lebih efektif daya pemikiran kita.contoh, mindmap memudahkan kita mengingat sesuatu berbanding ayat-ayat yang ada didalam buku.
kedua, Dr juga ada berkongsi dengan kami tentang 10 step to make your life happy. sayangnya, Dr cuma sempat berkongsi dengan kami hanya dua step sahaja. go explore and talk with stranger dan share the knowledge that you got. dengan jelajah ke banyak tempat dan berjumpa dengan orang-baru, persekitaran yang baru, dapat mematangkan kita, dan dapat menambah seterusnya memantapkan lagi ilmu pengetahuan kita. apabila dapat sesuatu perkara yang baru, kita patut berkongsi pengalaman dan pengetahuan tersebut dengan kawan-kawan atau orang-orang sekeliling kita.
yang sebenarnya, tujuan dua orang wakil dari setiap kelab dibawah kolej bisnes bermesyuarat adalah untuk membincangkan tentang kursus pengurusan organisasi (KPO) yang bakal berlangsung 6-8 hb disember 2013 di Tasik Banding, Grik, Perak. mesyuarat ini juga ingin mengutarakan tentang betapa pentingnya kursus ini di mata dekan PPA.
# apapun yang berlaku, apapun yang kita dapat informasi, kita patut share dan dapat pengalaman bermesyuarat dengan orang yang bijaksana :)

Monday, 2 December 2013
hukum mengucapkan Rest In Peace kepada orang bukan islam
“REST IN PEACE” atau RIP bukan boleh sebarangan diucapkan. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin “Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace”. Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.
Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.
Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :
Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati.Tak salah untuk merasai kehilangan.. tetapi jangan hingga kehilangan prinsip iman dan ihsan.
Jawapan dari UAI :
# copy paste #
Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.
Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :
مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati.Tak salah untuk merasai kehilangan.. tetapi jangan hingga kehilangan prinsip iman dan ihsan.
Jawapan dari UAI :
# copy paste #
sebak
pada tanggal 1 disember 2013 yang lalu, ku mendapat berita sebak bahawa rakan seperjuangan ku di UUM mengalami kemalangan pada malam 30 november. pada hari ini baru ku pergi melawatnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Hospital Sultanah Bahiyah.
bertolak ke hospital pada pukul 12.45 petang, smpai hampir pukul 2. kami terkejar masa waktu melawat sebenarnya pada pukul 12 hingga 2 petang sahaja. sesudah sampai, kami tidak dibenarkan masuk melawat kerana waktu melawat sudah tamat. terpaksa menunggu waktu melawat yang kedua iaitu pada pukul 4 smpai 7.30 petang.
kami terpaksa keluar dari hospital untuk mencari tempat beribadat dan makan sementara menunggu pukul 4 tersebut. kami solat di masjid kampung uda (tempat baksis semarak), dan makan di kedai mamak berhampiran hospital tersebut. sesudah makan, kami terus bergerak ke hospital tersebut.
banyak pengalaman yang boleh didapati semasa kejadian disana. seperti, dapat merasa masuk kedalam hospital tersebut (sebelum ni tak pernah pergi pun), dapat kenal dengan ahli keluarga izmul. yang paling penting, sebak mula menguasai diri tatkala masuk ke dalam wad penjagaan rapi tersebut, tatkala melihat keadaannya.
Bergenang… airmata ini
Sebak, sudah, namun, tidak, jatuh, jua
Menangis… cuma lah hatiku
Senyum, tawa, hanya, tutup, duka, lara
semasa didalam wad tersebut, ku melihat keadaannya seperti bertarung di dalam kesakitan yang teramat sangat, aku seakan dapat merasai penderitaannya itu. sebak hanya dapat meluahkan, tapi adat dan adab tidak membenarkan ku membuat demikian. badannya dipenuhi wayar-wayar yang berselirat, mengingatkan aku kepada nenek aku sewaktu menjalani pembedahan dahulu. aku rasa tak sampai hati untuk memanggil namanya tadi, walaupun aku tau, dia akan membuka matanya, jadi aku membiarkannya merehatkan diri.
lagi sebak pabila melihat ahli keluarganya kelihatan sayu. ibu bapanya tidak henti-henti menceritakan kehebatan anaknya kepada kami. MasyaAllah, hanya tuhan yang tahu rasa hati mereka dan kami. kami rasa tidak sanggup menahan dari melihat ibu bapanya sebegitu rupa, tapi kami menggagahkan diri untuk tidak menunjukkan rasa sedih kami. maklumlah, anak sulung, anak harapan keluarga, anak yang menjadi kewajipan memandi, mengkafankan mayat ibu ayah nya suatu hari nanti. sangat besar tanggungjawab anak sulung kepada keluarga sebenarnya ini.
kisah ini juga mengingatkan ku kepada arwah kawan ku. penderitaannya sama sepertimu. cuma dia sudah pergi buat selama-lamanya. barang yang lama usah dikenang, bak kata pepatah, tetapi bagiku, barang yang lama tersebut mengajar kita erti kehidupan, pengalaman dan kenangan yang sukar untuk kita lupakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)